Pages

Wednesday 4 December 2013

HARI KONVOKESYEN

Konvokesyen (atau majlis penyampaian ijazah) merupakan tindakan penerimaan atau penganugerahan ijazah akademik dari universiti atau upacara sedemikian. Perkataan konkesyen itu sendiri berasal dari perkataan bahasa Inggeris ‘convocation’ yang tidak semestinya sama maksudnya (maksud asal convocation ialah "sekumpulan orang yang dihimpunkan untuk tujuan khas"). Ini bermakna majlis konvokesyen ini merupakan majlis untuk menghimpunkan sekumpulan orang bagi suatu tujuan sebagai tanda penghargaan.

Bagi pelajar-pelajar di universiti, hari konvokesyen bukanlah asing bagi mereka. Mereka sudah biasa mendengar ayat tersebut kerana setiap tahun majlis tersebut akan diadakan. Kebanyakan universiti mengadakan  hari konvokesyen sekali setahun. Walaubagaimanapun, ada sesetengah university yang mengadakannya lebih daripada sekali setahun. Di kebanyakan universiti yang besar di Amerika Syarikat, di mana ratusan siswazah akan menerima ijazah sekaligus, biasanya terdapat satu majlis utama (di stadium atau tempat lain) yang diikuti dengan majlis-majlis yang lebih kecil di kampus. Upacara kecil ini dianjurkan oleh setiap fakulti dan merupakan upacara sebenar penganugerahan ijazah. Di tempat-tempat lain, cuma satu majlis diadakan, di satu tempat di kampus, tetapi dibahagikan kepada beberapa sesi di sepanjang hujung minggu. Di kebanyakan Negara asing, majlis konvokesyen turut diadakan sejak bangku sekolah dan kolej.




Bagi saya hari konvokesyen memang patut dilakukan sebagai tanda penghargaan oleh pihak institusi. Seperti mana yang kita lihat, konvokesyen ini menghimpunkan orang ramai atau pelajar untuk diberikan sijil, ataupun ijazah dalam bidang masing-masing diatas usaha mereka dalam pembelajaran di peringkat universiti. Selain itu, sedikit sebanyak hari konvokesyen ini dapat membuka mata dan memberi pendedahan kepada bakal-bakal graduan yang akan datang untuk terus berusaha bagi mencapai kejayaan. Ketika hari konvokesyen ini, semua pelajar yang telah menamatkan pelajaran mereka berkumpul. Majlis turut diraikan dengan kehadiran ibubapa meraikan majlis graduasi anak-anak mereka. Ibubapa pencetus kejayaan anak-anak.

Hari konvokesyen biasanya diadakan selama seminggu. Jangka masa ini bergantung kepada jumlah graduan yang bakal diraikan. Hari konvokesyen ini wujud disebabkan oleh majlis konvokesyen bagi penganugerahan ijazah. Dalam masa jangka masa hari konvokesyen ini, terdapat pelbagai aktviti lain bakal dilaksanakan selaras dengan majlis konvokesyen antaranya pesta konvo yang mana memberi peluang kepada orang ramai dan para pelajar sendiri melibatkan diri dalam keusahawanan dengan berniaga pada hari pesta konvo tersebut. Hari konvokesyen ini mewujudkan suasana yang menarik kerana kita dapat lihat pelbagai jenis jualan, gerai-gerai makan yang dibuka bagi memeriahkan suasana hari konvokesyen itu sendiri.


Pihak universiti juga mengadakan konsert dan program-program sampingan bagi memenuhi jadual pesta konvo tersebut. Antaranya program berbentuk sukan futsal dan badminton konvo. Aktiviti lasak sempana konvo dan konsert yang menampilkan artis – artis terkenal bagi memeriahkan lagi majlis yang diadakan. Bagi pelajar-pelajar, majlis konvokesyen ini merupakan satu hiburan atau tempat berehat mereka dan sebagai satu ‘one stop centre’ untuk pelajar. Walaubagaimana pun, ada juga sesetengah pihak mengatakan bahawa pesta konvokesyen ini adalah tidak patut diadakan kerana banyak menghabiskan duit universiti sekaligus dikaitkan dengan pembaziran. Bagi saya sendiri, pesta konvo sempena majilis konvokesyen patut dilaksanakan kerana pada waktu seperti inilah pelajar-pelajar dapat berkumpul bersama-sama memeriahkan lagi dan memberi sokongan kepada graduan-graduan yang bakal menerima ijazah mereka pada majlis konvokesyen. Soal kewangan memang tidak dapat dinafikan , program seperti ini banyak melibatkan penggunaan kos. Kos pengangkutan, persiapan majlis, konsert, dan sebagainya. Semuanya memerlukan bajet yang tinggi. Pihak university seharusnya lebih peka terhadap bajet tersebut kerana majlis yang diadakan tanda penghargaan dan keraian , bukan untuk pembaziran.

No comments:

Post a Comment